Kembung perut pada kambing



Perut kambing terbahagi kepada 4 iaitu :


a) Rumen
b) Retikulum
c) Omasum
d) Abomasum

Kembung terjadi akibat proses penghadaman makanan yang tidak sempurna dalam perut kambing. Apabila kambing ni makan daun yang masih basah atau bahan makanan yang tidak sesuai untuknya.. maka bahagian Rumen (perut pertama) akan kembung. Antara simptom2 penyakit ini ialah bentuk perut yang tidak simetri kiri dan kanan. Rumen kambing terletak disebelah kiri badannya jadi perut bahagian kiri akan kelihatan lebih besar dari kanannya. Bagi memastikan yang kambing ni memang terkena penyakit kembung.. bunyi yang dihasilkan oleh tepukan pada perut tersebut menyamai bunyi tong kosong.

Jika penyakit ini tidak dirawat pada peringkat awal.. boleh membawa kepada kehilangan nyawa kambing tersayang =(


Jadi bagaimana caranya nak merawat penyakit kembung perut pada kambing ni? Menurut pembacaan dan khidmat nasihat orang yang berpengalaman.. ia dapat dirawat dengan



a) Menggunakan minyak masak. Beri kambing minum minyak masak (Jangan bagi banyak2.. kesian kambing tu memulas perutnya nanti).. Cara ni kami xpernah cuba lagi

b) Beri minuman berkarbonat (Disarankan beri Coca cola).. kalau boikot coca cola boleh try bagi yang lain (Radix cola pun sodap).. Yang ni pun kami xcuba lagi.. Mcm mana nak bagi.. belum sempat kambing minum dah ade orang lain yang abiskan

c) Eno Halia? Bancuh eno dalam kepekatan tinggi dan beri kambing minum.. yang ni kami dah cuba.. setakat ni alhamdulillah berkesan..

d) Tebuk peparu kambing guna buluh pada bahagian paru2 (Yang ni pun kami xbuat lagi.. xsampai hati. Lagi pun ini cuma untuk kes kronik sahaja)


Disini saya nak letak disclaimer.. anda boleh cuba cara2 diatas tapi lebih baik jika terdapat pengawasan orang yang berpengalaman dan jangan lupa doa banyak2 kat allah swt..


Secara faktanya :

Kembung atau Bloat atau Tympani pada ternakan terjadi karana adanya timbunan gas yang berlebihan sehingga rumen ternakan menggembung.Kembung terjadi karana esophagus mengalam sumbatan sehingga menghambat pengeluaran gas dalam perut. Gas yang terbentuk adalah karbondioksida (C02) dan gas metana (CH4). Gas ini membentuk buih/busa yang susah dikeluarkan. Kembung rumen merupakan penyakit ekonomis yang sering terjadi dan dapat menyebabkan kematian pada kambing.

GEJALA PENYAKIT

1. Perut sebelah kiri membesar dan keras, bila ditepuk macam gendang
2. Ternakan gelisah dan merasa tidak selesa
3. Sukar bernafas atau bernafas melalui mulut
4. Air liur kental dan berbusa
5. Haiwan berhenti makan atau mengunyah
6. Sering kencing dan mengejan
7. Bila tak larat dia tak boleh berdiri dan mati

PENCEGAHAN

1. Beri makan rumput yang sudah dilayukan, dibiarkan semalaman. Rumput diletakkan di bawah sinar matahari selama 2-3 jam;
2. Jangan lepas ternakan pada pagi atau ketika rumput masih basah,tunggu sampai embun hilang
3. Pantau ternakan jika terjadi kembung minima 2 jam setelah dilepaskan
4. Berikan rumput dalam bentuk kasar, tidak dirincik kecil supaya mikrobial mencerna makanan hingga mengurangkan terjadinya kembung
5. Pemberian makanan hijau dan konsentrat yang paling baik adalah sedikit demi sedikit tetapi kerap
6. Beberapa ternakan sering mengalami kembung yang kronik, kemungkinan faktor genetik.

No comments:

Post a Comment